Selamat Datang Ke Sabahan2u

My photo
Selamat Datang Ke Komuniti Blogger sabah Terbesar di Borneo.."Bah Kali lah"..haha

Cerita orang2 Tua

Nama
Pemberi Maklumat
: Sahari Bin Jawal

Keturunan : Kedayan

Umur : 81 tahun

Tempat : Kampung Pantai, Labuan.

Tarikh Rakaman Dibuat : 12 Julai 2000

Orang
Kedayan sama Brunei, berasal dari Brunei ni ada satu cerita lama punya
cerita saya pun tidak faham ini pasal cerita cerita dulu-dulu cerita,
cerita ini pasal sabung ayam, ah…, saya tidak pandai cerita bah tu.
Sabung ayam bertaruh sama Brunei begitu lah Indonesia begitulah, betul
atau tidak saya pun tidak tahu bah. Ah…, itu jadi pasal dari awal
Indonesia Brunei sudah menang itu mana itu dia punya ayam menang semua
rakyat-rakyatnya itu pergi Brunei lah. Ow, ini Brunei sudah menang sabung
ayam tu dia bertaruhkan sama dengan orang Jawa lah Brunei sudah menang
! Jadi itulah rakyat rakyat Indonesia tidak tahu berapa-berapa orang itu
saya tidak tahu lah rakyat cerita tu masuk Bruneilah rakyat Brunei lah
dia sudah kalah kan tapi saya pun tidak pandai cerita saya pun dengar
dengar begitu sahaja.

Orang
Jawa eh. nama dia betul itu Brunei Kedayan dulu-dulu lah nama dia betul
apa Kedayan Ma Jawa . Kedayan Ma Jawa ow nama dia bah dulu-dulu lah itu
daripada itulah Kedayan Ma Jawa ini Malaysia Kedayan itu Brunei susah
mahu cerita bah saya pun tidak ya ya saya tidak tahu yang saya tahu begini
yang ada cerita sikit-sikit bukan juga tahu betul pasal asal dari Brunei
asal Kedayan dari Brunei di Labuan ini.

Sebelum
orang putih sampai pergi Labuan sebelum ada orang putih sampai masih Brunei
lah dunia ini Labuan Brunei punya bah saya punya datuk nenek dari Brunei
pergi Labuan jadi dia pergi Labuan dia masuk itu bertolak punya sungai
ada sungai bertolak kan dia masuk sana ada paya sikit sana dia potong-potong
lah musim padi dia potong musim padi dia tanam padi ah dia tinggal pergi
Brunei balik Brunei. Kalau sudah kira-kira itu padi enam bulan sudah masak
dia balik ke Labuan balik dia tengok itu padi bagus ah dia terus pindah
ke sini ah pindah ke Labuan lah.

Orang
Kedayan itu yang mula-mula itu mula-mula baru ada tidak ada orang lain
baru dia lah nama dia Haji Ahad ah, anak dia Haji Mohammad lah ow itu
lah orang putih sudah datang dia jumpa dia punya anak ini lah Haji Mohammad.
Ow dia orang putih belum berkuasa belum berkuasa dia kasi satu certificate
itu bikin ketua lah ketua Labuan ini ah ketua mula-mula datang Labuan
sekarang ini keturunan dia seorang lah keturunan dia anak cucu dia daripada
itu lapan kali ah yang kelapan sama cucu saya punya piut cucu yang panggil
saya datuk lapan peringkat lah yang nombor satu Haji Ahad, kedua Haji
Mohammad, Haji Ibrahim, saya, anak saya, cucu saya, piut saya.

Itu
saya tidak pernah tidak ada tiada mungkin awal lagi dulu dulu ini cerita
lanun-lanun dulu bah ah… itu sejarah Pulau Labuan saja ya, itulah
namanya Labuan itu lanun sampai dari negeri dia dia sana berhenti bah
pulau itu jadi pelabuhan kata orang tak tahu lah tempat dia berhenti bah
tempat dia berhenti tak,tak,tak, dari Philippine barangkali ya,ya,ya lanun
ini orang jahat bunuh orang bah.

Pantang
larangnya banyak tidak sama lah ow banyak apa banyak pantang orang dulu
pantang orang kadayan dia banyak bikin rumah tidak masuk barang pantang
juga dia tidak mahu masuk barang bila tengok itu tempat orang dulu-dulu
bukan macam sekarang sekarang tidak pedulikan tidak pantang sudah apa
ow dulu-dulu percaya itu pantang bah sekarang kurang ah ya,ya dia pilih
tempat lah itu susah mahu cakap bah, pantang pantang ini banyak bah semua
ada pantang tapi susah mahu cakap tidak pandai cerita itu pantang itu
saya tahu cuma tidak pandai cerita masing-masing ya,ya itu betul habis
sekarang tidak itu dulu memanglah duduk tidak boleh pasal anak perempuan
lagi tidak boleh tapi ini susah mahu cerita itu cina ini macam sudah makan
kah cina begitu kan ah…, lurus kalau tidak ya lah itu aku bilang.
Ya memang tidak pandai lah cerita tidak, tidak. Sini tidak ada bah.

Tidak
sama ini adat kadyan bilang adat Brunei bilang adat kalau orang-orang
lain bilang undang-undang lah. Pasal macam ini bah orang Brunei dia tidak
suka tinggal di darat ini lah ini orang Brunei orang Kadayan tidak suka
tinggal di laut di darat di hutan hutan lah itu lah orang kadayan ah….
Tanam padi sahaja tidak ada semua orang Brunei tidak ada di darat lah
ow kalau sudah pasal laut itu orang Brunei lah kalau macam sebelah sini
kalau sebelah sana lain ah, Brunei pun begitu sampai Brunei lah sebelah
Kuching sebelah Sarawak itu lain orang lain lah sebagai nelayan kan Brunei
begitu lah ow orang kadayan ini pertanian bertani juga, tak Brunei tak
nelayan lah ow.

Di Labuan
tidak, pasal dia sudah kasi sama orang putih kan dia sendiri dia kasi
hadiah tu orang putih eh, memanglah banyak sekali. Banyak tempat memang
ada ada pergi Brunei ada juga saya tidak berapa faham lagi anak anak ini
bah anak anak bapa sama bapa masih ada kalau sudah anak ow ya lama sudah
tapi seorang memang anak Labuan ini lah bukan anak Brunei ya lahir di
Labuan lama.

Oh bukan
seratus dia punya beza. Dulu-dulu mana ada rumah banyak kereta mana ada
banyak dulu dulu ya, saya punya umur masa British 22 orang bilang sekarang
apa trak kereta bah cuma dua buah sahaja satu pulau ini dekat jalan satu
satu tahun satu tidak peduli punya itu sahaja tidak peduli kerajaan punya
bah ow satu buah dia beli satu buah itu sahaja tak dari bandar bah lah
itu ada ada kedai cina kedai runcit lah satu sungguh banyak lah ada tapi
kedai kecik kecik lah tapi barang barang memang cukup masa itu murah bah
itu gula 2 kati 7 sen ah… ya ah…ikan 5 sen satu kati kalau ikan
bagus 8 sen ah, itu bagus punya ikan sudah ikan tenggiri 8 ringgit.

Tidak,
bebas. Sudah ada anak masa Jepun anak sudah ada 2 anak Jepun zaman Jepun
susah juga mahu cakap sudah habis mahu cerita ah…. Salah tapi orang
kampung orang sebelah sini orang Kadayan kurang juga bah susah yang susah
betul orang bandar pasal orang kadayan orang kampung cukup makan ada makan
tapi lama lama orang kampung punya makan bahagi bahagi lah jadi semua
jadi susah orang bandar susah tapi duit dia banyak makanan tiada orang
kampung duit tiada tapi makan ada ah, ya itulah musim Jepun eh, ganggu
apa tidak ganggu oh, tidak boleh salah sikit selalu dia tampar orang sahaja
tidak boleh salah sikit tampar orang kalau dia lama barangkali Labuan
semua mati. Ya orang Cina sama Cina memang lawan betul orang Cina masa
itu Jepun sampai orang

Cina
pakai topi Melayu bah ah… ya di Labuan yalah menyamar dia pakai kain
pelekat ah… ya itu pun kena juga tahu juga lama lama dia kena tangkap
juga kalau yang ada nama topi topi yang ada nama dia tangkap masuk jail
lah orang nampak masa Jepun datang pergi Labuan kasi cerita sebelum Jepun
datang Jepun banyak bagus kan barang dia banyak murah masa itulah cerita
sahaja lah banyak murah datang Labuan semua suka lah macam Cina tidak
suka dia tidak mahu beli itu Jepun punya barang ah…lama lama lama
jahat lah dia makan pun sudah kurang bikin kerja dia paksa siapa tidak
mahu kerja ow paksa banyak kena bunuh banyak kena bunuh dia cekik kena
bunuh.

Dia
bikin satu budak dia pergi apa orang bilang cari rahsiah lah itu budak
budak lah cari rahsiah orang kampung yang jahat masih jahat kadang kadang
dia percaya betul yang tidak betul pun jadi betul dia percaya begitu sahaja
bukan mahu bicara mahu kah tidak pukul terus tidak habis dia punya cerita
habis tidak betul dia punya susunan bah jadi susah sikit ya ya yang saya
nampak mulai dia sampai saya pergi ke bandar bah tu tengok dia bukan jahat
dia tidak peduli kita bah kalau kita ada nama macam cina apa bangsa lah
ada nama memang dia kurung lah dia tangkap dia kurung dia tutup macam
binatang ya sama macam bintang dia bikin macam sama binatang yang orang
putih yang cina yang ada pangkat itu semua ni tidak pandai cerita ya orang
muda tidak kalau dia umur 50 tahun sekarang dia tidak tahu pasal Jepun.

Kedayan
Labuan dulu tapi sekarang tidak tahu. Orang Kedayan lah kampung banyak
kampung Kampung Pantai, Durian Tunjung, Lajau, bukan lah campur campur
sikit tu tapi orang kadayan yang banyak Pohon Batu ,Batu Manikar sudah
kurang ada juga kita tidak tahu dia sudah sama macam orang sana cakap
pun sama orang sana yang ada sampai Bintululah . Kalimantan sempadan sama
Sarawak kan dia sempadan kan ada dalam sejarah kan dalam sejarah ya Pontianak
ya .

Kedayan orang dulu pakai jubah macam orang haji datang haji pakai jubah
lah panjang sampai sini dia pakai dulu ah… ya ya sekarang tidak ada
lagi tu. Dia orang kaya dia orang ada simpan memang ada dia punya sejarah
bah ada satu buku dia bah saya tidak begitu tahu di Brunei barangkali
bah tapi di Labuan tiada lah tiada.

Senang
mahu belajar Labuan tiada barangkali kalau yang ada itu hari lain cerita
keluarga sahaja. Macam yang saya cerita itu. Yang tua pun kadang kadang
sini tidak boleh saya punya abang masih ada 90 tahun dia di Bukit Kuda
dia tidak berapa dengar ow Bukit Kuda barangkali dia tahu dia lebih tua
daripada saya nama dia Haji Bagul ah, Jepun tangkap dia sampai Jepun habis
dia baru keluar kena pukul mati tidak pasal Jepun tidak pandai tangkap
kalau jumpa tengah jalan tidak boleh cakap sama dia kalau cakap sama dia
mungkin tangkap sama saya ya ya tidak boleh.

Amanlah
tidak ada apa apa Jepun dia ini tidak betul bah ini fitnah bah tapi Jepun
anggap dia betul dia bilang mahu lawan Jepun ini orang Kadayan mahu lawan
Jepun orang kampung tidak betul fitnah bah tapi dia percaya jepun percaya
bah dia mahu lawan betul orang bilang bukan mahu lawan ah. Ya lah kena
tangkap lah mati sahaja dia kena pukul tapi masih lagi hidup dia keluar
dari Jepun sudah balik dia macam fikiran sudah hilang lama sekarang bagus
sudah cuma dia tidak dengarlah ow boleh ow tapi susah sikit dekat 90 tahun
ah…sudah tanyalah

0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Portal Design By Trik-tips Blog © 2009 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top